Kekayaan, pasti ramai terbayang wang berjuta-juta,wang yang sarat tersimpan dalam akaun bank, berjalan dengan dompet berisi wang berpuluh ribu..
Tapi tak bermakna kalau kaya hutang keliling pinggang, hutang rumah, hutang kereta dan lain-lain.
Jangan bersedih..ada banyak lagi kekayaan selain wang ringgit.. Jom kita perhati kekayaan lain dalam diri kita:-
1) Kaya Sahabat.
Kan seronok ada kaya sahabat, kemana kita pergi ada sahabat yang boleh bantu kita, walaupun pendapatan tak lumayan, hidup sederhana, kehidupan berjalan lancar dengan bantuan sahabat, kawan2 tanpa diminta menghulurkan bantuan tak kira masalah perkara besar atau kecil.
best kan..
2) Kaya ilmu pengetahuan
Mudah saja jadi kaya dengan ilmu pengetahuan.orang yang kaya ilmu tidak boleh ditandingi oleh orang lain, masyarakat akan menghormati orang yang banyak ilmu.
ilmu lebih bermakna jika berkongsi dengan masyarakat. tak gitu..
3) Kaya kegembiraan
Apabila kita gembira dengan perkara yang diusahakan pasti kita gembira dengan kehidupan seharian.Gembira merupakan satu kekayaan. Jika pekerjaan kita memberi tekanan, stress, rakan kerja tak sefahaman membuatkan kita terasa miskin.
4) Kaya keluarga
Ada keluarga bahagia, sayang menyayangi adalah satu kekayaan besar.
Tak guna da banyak wang, tapi tak bahagia, benci lihat anak-anak, isteri, hidup akan rasa sunyi dan bosan walaupun ada wang yang banyak.
5) Kaya tanpa fikir soal wang
Kita bebas dari fikir soal hutang piutang dan soal wang itulah sebenar-benar kaya.
Jangan terlalu semata-mata mengejar kekayaan wang, kekayaan sebenar bukan sekadar wang ringgit, banyak lagi kekayaan lain..
Apabila kita melepaskan diri daripada mengejar sesuatu yang lebih, dan menyemak serta menikmati apa yang kita sudah sedia ada dengan sedar, kita akan sedari apa yang kita miliki adalah lebih daripada apa yang kita tahu ataupun bayangkan. Berkat daripada perhatian yang kita berikan, apa yang kita miliki akan bertambah dan semakin berganda..
Wednesday, 28 October 2015
Monday, 3 August 2015
Jom buat sos cili sendiri di rumah
Sos cili pedas
Bahan-bahan:
55g cili kering
625g cili merah
8 ulas bawang putih
1 halia (saiz ibu jari )
5 camca besar garam
455g gula
170ml cuka
Cara:
1)Buang tangkai cili dan rebus selama 2 minit dgn sedikit air sahaja.biar berendam selama 5 minit, cuci cili hingga air bersih dan toskan.
2)bubuh separuh cili kedlm pengisar tuangkan air 285ml air dan kisar hingga lumat, keluarkan dan ketepikan, ulangi proses itu lagi tetapi kini kisarkan dgn bwg putih dan halia.
3) satukan cili kisar dgn air selebihnya didlm periuk dan tambah garam dan didihkan atas api sederhana selama 10 minit dan dikacau selalu
4)Masukkan gula, kacau rata-rata dan didihkan semula, slowkan api dan terus direnihkan selama 1 1/2jam lagi dan kacau sesekali.
5) Masukkan cuka, kacau dan terus didihkan lagi selama 5 minit, alihkan dari api dan sejukkan sebelum disimpan didalam botol yang bersih dan kering. Penuhkan botol dan tutup rapat-rapat dan simpan di tempat sejuk atau senang dalam peti sejuk.
Sos cili manis
Bahan-bahan:
*55 g cili kering
*55g kismis putih
*85g halia
*1 camca belacan
*6 ulas bawang putih
* -Kisar semua bahan diatas
455g cili merah,
1.12 liter air
340gm gula pasir
4 camca besar garam
170ml cuka
Cara-cara:
Lebih kurang sama je cam cara buat sos pedas, air,gula , garam dididihkan, pastu masuk pes cili kisar dan didihkan 20 minit atas api sederhana, kacau selalu untuk elak hangus
Kemudian, kecilkan api,masak lagi 1 jam, kacau selalu sampai sos pekat, masukkan cuka dan didihkan lagi 10 minit. dah siap sejukkan betul-betul sebelum disimpan dalam botol bersih dan kering..
Selamat mencuba semua..

Yong tau foo
Bahan-bahan:
200gm sayur kangkung
5 biji bebola ketam
5 biji kek ikan
5 biji kek udang
dan lain-lain ikut citarasa, anda bebas memilih apa saja makanan sejuk beku untuk dihidangkan bersama sos hitam
Cara -cara: Celur semua bahan diatas, angkat dan ketepikan.
Bahan sos hitam:
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan taucu dikisar
300 ml air
1 biji kiub ikan bilis'
1 sudu makan udang kering yang dikisar halus
1/4 sudu the serbuk lima rempah
3 sudu makan gula
2 sudu makan cili boh
3 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan air
garam secukup rasa
Cara-cara : didihkan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sos hitam diatas secukup rasa
kacau hingga sebati, kemudian masukkan tepung jagung dan kacau hingga pekat. dah siap..hidangkan yongtau foo dengan sos hitam ni..selamat menikmati...

Tips untuk keberkatan dalam penyediaan sajian makanan
Ada beberapa tips yang saya nak kongsi bersama antaranya:-
1) Sebelum menyediakan makanan hendaklah berwuduk supaya beroleh aura keberkatan
2) Elakkan menyebut sesuatu yang negative semasa penyediaan makanan kerana ia terbitkan aura negative .eg: mencerca,mencaci,berkata-kata kotor
3) Banyakkan berzikir ketika menyediakan juadah
4) Azan dengan nada perlahan juga boleh menerbitkan aura positif dalam setiap penyediaan makanan
5) Sentiasa jaga kebersihan pakaian, tempat masak, peralatan dan persekitaran.
6) Pastikan pinggan mangkuk sajian bersih suci mengikut syariat dan dari sudut kesihatan.
7) Doa memohon keberkatan bagi hidangan yang disajikan semasa mengacau atau memasak makanan.

Kalaulah syurga dapat dilihat...
Allah yang maha mengetahui bertanya kepada malaikat-Nya: "Apakah yang di ucapkan oleh para hamba-Ku?"
Malaikat menjawab : "Mereka sedang bertasbih, bertakbir, bertahmid dan memuja-Mu"
"Adakah mereka melihat-Ku?"
"Tidak, demi Allah mereka tidak melihat-Mu"
"Bagaimana seandainya mereka melihat-Ku?"
"Seandainya mereka melihat-Mu, pasti mereka akan lebih beribadah,memuji dan bertasbih kepadaMu".
"Apakah yang mereka pohonkan kepada-Ku?"
"Mereka memohon kepada-Mu syurga"
"Adakah mereka melihatnya?"
"Tidak, demi Allah mereka tidak melihatnya"
"Bagaimanakah seandainya mereka melihatnya?"
"Seandainya mereka melihatnya, pasti mereka akan lebih mengehendaki, meminta-minta dan mengimpikannya" (Riwayat al-Bukhari)

Sunday, 31 May 2015
Jagung kukus mudah
Bahan:
100 gm isi jagung
2 sudu makan mentega
3 sudu makan susu pekat
garam & gula secukup rasa
Cara:-
Kukus isi jagung selama 20 minit atau sehingga lembut, lepas tu tos dan masukkan isi jagung tersebut dalam bekas yang sesuai,Kacau segera bersama mentega dan garam dan susu pekat hingga sebati.
Dah siap

Syukur, Syukur, Syukurlah...
Dalam surah Ibrahim, Allah berjanji " Jika kamu bersyukur, Aku pasti menambahkan rezekimu"
Bersyukurlah.. anda akan bahagia.
Kita sering mengeluh ketika gaji yang diperolehi tidak cukup,maka pandanglah orang yang mempunyai gaji yang lebih rendah dari kita, kita mungkin hidup selesa sedangkan ada orang lain yang tak pasti apakah esok ada makanan untuk keluarganya di rumah.
Bila kita belum memiliki segalanya, bersyukurlah kerana kita masih mampu berharap,
Bila kita berada dalam kesulitan, bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk berkembang, Bila kita sedar kesalahan kita bersyukurlah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk bertaubat, Bila mendapat ujian bersyukurlah kerana mensyukuri ujian adalah luarbiasa.
Allah menjadikan manusia mempunyai takdir kehidupan yang berbeza-beza.
Selagi bernafas maka sentiasalah kita menjadi manusia yang bersyukur.

Subscribe to:
Posts (Atom)