Monday, 3 August 2015

Jom buat sos cili sendiri di rumah

Sos cili pedas


Bahan-bahan:
55g cili kering
625g cili merah
8 ulas bawang putih
1  halia (saiz ibu jari )
5 camca besar garam
455g gula
170ml cuka


Cara:
1)Buang tangkai cili dan rebus selama 2 minit dgn sedikit air sahaja.biar berendam selama 5 minit, cuci cili hingga air bersih dan toskan.


2)bubuh separuh cili kedlm pengisar tuangkan air 285ml air dan kisar hingga lumat, keluarkan dan ketepikan, ulangi proses itu lagi tetapi kini kisarkan dgn bwg putih dan halia.


3) satukan cili kisar dgn air selebihnya didlm periuk dan tambah garam dan didihkan atas api sederhana selama 10 minit dan dikacau selalu


4)Masukkan gula, kacau rata-rata dan didihkan semula, slowkan api dan terus direnihkan selama 1 1/2jam lagi dan kacau sesekali.


5) Masukkan cuka, kacau dan terus didihkan lagi selama 5 minit, alihkan dari api dan sejukkan sebelum disimpan didalam botol yang bersih dan kering. Penuhkan botol dan tutup rapat-rapat dan simpan di tempat sejuk atau senang dalam peti sejuk.


Sos cili manis


Bahan-bahan:
*55 g cili kering
*55g kismis putih
*85g halia
*1 camca belacan
*6 ulas bawang putih
    * -Kisar semua bahan diatas


455g cili merah,
1.12 liter air
340gm gula pasir
4 camca besar garam
170ml cuka


Cara-cara:
Lebih kurang sama je cam cara buat sos pedas, air,gula , garam dididihkan, pastu masuk pes cili kisar dan didihkan 20 minit atas api sederhana, kacau selalu untuk elak hangus
Kemudian, kecilkan api,masak lagi 1 jam, kacau selalu sampai sos pekat, masukkan cuka dan didihkan lagi 10 minit. dah siap sejukkan betul-betul sebelum disimpan dalam botol bersih dan kering..


Selamat mencuba semua..

No comments:

Post a Comment