Monday, 3 August 2015

Tips untuk keberkatan dalam penyediaan sajian makanan

Ada beberapa tips yang saya nak kongsi bersama antaranya:-


1) Sebelum menyediakan makanan hendaklah berwuduk supaya beroleh aura keberkatan


2) Elakkan menyebut sesuatu yang negative  semasa penyediaan makanan kerana ia terbitkan aura negative .eg: mencerca,mencaci,berkata-kata kotor


3) Banyakkan berzikir ketika menyediakan juadah


4) Azan dengan nada perlahan juga boleh menerbitkan aura positif dalam setiap penyediaan makanan


5) Sentiasa jaga kebersihan pakaian, tempat masak, peralatan dan persekitaran.


6) Pastikan pinggan mangkuk sajian bersih suci mengikut syariat dan dari sudut kesihatan.


7) Doa memohon keberkatan bagi hidangan yang disajikan semasa mengacau atau memasak makanan.

No comments:

Post a Comment