Sunday, 31 May 2015

Syukur, Syukur, Syukurlah...

Dalam surah Ibrahim, Allah berjanji " Jika kamu bersyukur, Aku pasti menambahkan rezekimu"


Bersyukurlah.. anda akan bahagia.


Kita sering mengeluh ketika gaji yang diperolehi tidak cukup,maka pandanglah orang yang mempunyai gaji yang lebih rendah dari kita, kita mungkin hidup selesa sedangkan ada orang lain yang tak pasti apakah esok ada makanan untuk keluarganya di rumah.


Bila kita belum memiliki segalanya, bersyukurlah kerana kita masih mampu berharap,
Bila kita berada dalam kesulitan, bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita peluang untuk berkembang, Bila kita sedar kesalahan kita bersyukurlah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk bertaubat, Bila mendapat ujian bersyukurlah kerana mensyukuri ujian adalah luarbiasa.


Allah menjadikan manusia mempunyai takdir kehidupan yang berbeza-beza.
Selagi bernafas maka sentiasalah kita menjadi manusia yang bersyukur.

No comments:

Post a Comment